assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

06 April 2016

Saya Dah Tuaaaa

assalamualaikum wbt

sesungguhnya ni adalah post pertama tahun 2016. dan juga post ini ditulis tepat jam 12.55am!
*salahkan assignment yang kena betulkan tadii. molek je aku nak tidur, tetiba kena bangun balik betulkan

humm sebenarnya susah nak percaya bila aku baca balik post dulu2, dan rupanya blog ni pun dah nk masuk tahun ke-5.

first time aku buat blog dulu, seriously amatlah kebudak-budakkan. semua benda excited nak ditaipnya. gosip artis korea pun kalau boleh nak dikongsi jugakk.

tapi, bila baca balik, SERONOK! rasa macam hidup dulu seronok. zaman sekolah, tak payah pikir assignment, tak payah pikir apa-apa pun. masa tu yang dipikirnya hanya pegi sekolah, pastu balik buat homework. belajar semata nak dapat banyak A dalam Spm. (sekarang pun sama)

blog ni dah jadi macam timeline hidup aku.

  • dari aku form 4 dan sekarang dah nak habis tahun dua degree
  • dari aku tak berdikari duk sekolah sampailah sekarang dah duduk jauh dari rumah
  • dari aku duk tulis pasal kelas memandu sampailah sekarang aku dah habis tempoh P lesen memandu 😂
  • dari budak-budak sampailah dah AGAK dewasa hehe
  • dari tittle sebagai anak bongsu sampailah aku naik pangkat jadi makcik 

hahaha gigih aku listkan.

rasa macam kejap je hidup ni. nanti september ni, aku dah nak naik tahun 3. pastu tahun 4. pastu dah grad. pastu dah kerja. pastu tuptup dah nak kahwin. hahaha oo em gii.. no, kita usahakan untuk dapat master dulu hoyeahh

eh aku lupa list satu lagiii..
DARI 0 FOLLOWERS SAMPAI DAH 600 FOLLOWERS *insert muka terharu hehe


haha lanje ddak galbii je mampu ye. (lapar wehh memalam ni)

okay. masa untuk tidoo. aku dah type benda ni dari sebelum hujan sampailah dah hujan.

ps: midsem weh midsemm. tak saborrr