assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

09 February 2015

Terima Kasih Aloe Vera dan Madu!


assalamualaikum wbt

bermula dari satu hujung minggu yang seharian sabtu aku berjemur dari pagi sampai 1-2 petang untuk aktiviti jabatan. sambung pulak bbq bersama-sama ex-classmate zaman asasi. seharian bawah terik matahari. bayangkan muka aku semua jadik merah sampaikan tinggal bekas lengkuk spek ja. aaaaaa.. maluuuuuu.

balik dari bbq dengan muka merah-merah tu, terus sambung meeting yang kebetulan diadakan malam tu jugak akibat aku gatal masuk jadik ajk program kolej. partner chinese aku pun sempat tegur dengan muka pelik,
"kenapa muka awak merah sangat ni?"
malu gilaaaa. aku rasa akulah manusia tercomot dalam meeting tuuuu.

terima kasih google
tak cukup dengan minggu tu, next week tu pulak aku sambung lagi berjemur seawal 8 pagi hingga remang matahari tepat 12.30 tghari. ya Allah,  pedih muka tu hanya tuhan ja yang tahu.

bermula dari siri jemuran terlebih tu ( tak termasuk yang aktiviti seharian jalan-jalan gi kelas ), muka aku disahkan mengalami sunburn teruk. hidung merah menyala. macam udang wehhh.

dan jarang ( kut ) yang ketahui bahawa sebenarnya sunburn merupakan punca untuk SEGALA masalah kulit muka yang akan menyusul selepas itu. muka aku lepas tu, macam apa je. dengan segala mak jerawat anak jerawat mula meneroka kulit muka aku. urghhhh.

tak cukup dengan diorang men'yewa' kulit aku ni, diorang tinggalkan pulak parut-parut kecik sekali. T.T

sekali lagi aku berterima kasih kepada google kerana sudi menyediakan medium untuk aku mencari jalan penyelesaian kepada masalah ni. haha. okay ni baru nak masuk point utama ye.
cara paling senang untuk hilangkan parut jerawat, jadikan campuran madu dan serbuk kayu manis sebagai masker dan amalkan tiap-tiap malam. mula-mula diamalkan, agak pedih sebab kayu manis tu panas sikit. tapi, relaks! tu normal hehe. 

untuk sunburn, aku berterima kasih kepada roomate aku sendiri sebab dia la yang mula-mula suggest untuk letak pati aloe vera kat muka. terus muka yang pedih-pedih tu sejuk. sebab tu memang sifat aloe vera yang soothing dan merawat parut terutamanya dari sunburn dan lecuran. so, bermula dari kejadian sunburn paling teruk ni, aku jadikan amalan untuk guna pati aloe vera tiap-tiap malam sebagai masker selain madu. 

boleh beli kat watson je. ramai yang suggest produk ni.
dua petua ni memang senang untuk dijadikan amalan. pati aloe vera tu pun murah ja. takpayah susah-susah cari pokok lidah buaya semata-mata nak dapatkan pati. madu tu curi ja sikit dari dapur. untuk kayu manis pulak, aku cuma sagatkan di pisau maka dapatlah serbuk-serbuk dia tu sikit. haha. senang!

sebenarnya petua-petua tradisional lagi mudah dan murah. bahan kimia pun takde. erk, kes berkecuali untuk yang gel aloe vera tu. 100% original tak semestinya kena percaya 100%.

nak lagi banyak petua, nah,

petua ringankan jodoh pun ada. semua ada. 
moral, jauhi sunburn. apply sunblock tebal-tebal. haha



No comments :