assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

04 February 2015

Resepi Kerabu Megi Ala Thai


assalamualaikum wbt

bila tekak terasa nak makan benda yang yummy-yummy. terus teringatkan kerabu megi yang selalu aku beli kat pasar tani ahhhh sedap nyeeee. kalau buat sendiri lagi berganda-ganda kesedapan dia tu kan?

so this is my own version of kerabu megi thai versi bodo ( maaf jikalau kasar. tapi perkataan ni selalu aku guna untuk makanan yang cara masaknya hanya campak-campak je haha )


  •     Rebuskan megi. kalau megi perisa tomyam lagi sedap. perencah dia masyuk untuk resepi ala thai ni. tapi haritu ada megi kari so aku guna ja yang kari. pun sedap jugak!
  •     Potong bawang merah, cili padi ( lagi banyak lagi pedas lagi sedap perghh ) dan daun ketumbar. 
  •     Untuk lauk or garnishing selain daripada bawang, daun ketumbar dan cili tu, boleh dipilih samada untuk gunakan sotong, udang, hotdog ataupun fishball. kalau semua ada dalam peti, lagi bagus. rebuskan lauk-lauk pilihan korang
  •     Campak semua megi yang telah ditos + bawang + cilipadi + daun ketumbar masuk dalam mangkuk. besar sikit supaya senang kita nak gaul.
  •     Perahkan asam limau nipis dalam campuran tadi. lemon pun boleh. limau kasturi pun boleh.
  •     Perencah megi tadi korang campurkan sikit dengan air panas or sejuk asalkan dia boleh larut. seterusnya, curahkan masuk dalam mangkuk tadi. 
  •     Haaa, masuk part ni, lidah memainkan peranan. perencah tu kan dah masin. kena pandai seimbangkan dengan gula sikit.
  •     Kalau lidah korang semua dah rasa sedap, boleh lah dihidang. siap!
dipenuhi hotdog. sotongnya sikit ja



2 comments :

Puteri Aminah said...

wah... cam sedap jer kerabu maggi ni... leh try buat ni... :)

Hidayah Suhailee said...

wowowow... nanti nak cuba jugak.. teliok dah ni tengok