assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

17 April 2015

Segmen Blogslist willYOU readTHIS?

assalamualaikum wbt


saya tag, semua orang yang baca post ini ;) 

done!

16 April 2015

Midsem Break, 2nd Semester

assalamualaikum wbt

MIDSEM! wohohoho... gembiranyaaaaa hati kalau hari-hari dapat bersenang lenang yeahhhhh

no class
no assignment
no activity
no no no no nothingggg!!!!

awal-awal sem, okay lah. semangat apa semua buat assignment. masuk minggu ke-3 dan 4 tu, mula goyah dengan test, kuiz, assignment. weekend pun kejap je rasa bila jumaat dan sabtu ada kelas.

dan, sem ini, aku gagahkan jugak diri masuk kelas bahasa jepun sorang-sorang. ermm, maksudnya, tanpa teman rapat or coursemates. mula-mula tu kenmain plan nak ambik bahasa jepun sama-sama. lastly, jadual kami clash so sorang terpaksa drop dan sorang lagi terpaksa masuk group kuliah lain :'(

but,

aku survive wehhhh. hahahaha. siap ada kawan baru lagi... dapat kenal budak BA English, Architecture, Agriculture, Ekonomi dan macam-macam lagi. tak lah terperuk dengan sesama budak Fizik je.


suka tengok tulisan jepun yang cute. tapi, reti baca katakana dan hiragana je haha. kanji, ermmmm, long wayyyyyyy to go!

wish me luck! hehe. 
p/s : kejap je dah nak habis semester 2. next sem, dah masuk second year ;)

13 February 2015

Pengajaran dari Semester 1


assalamualaikum wbt

entry ni bukanlah untuk meng'gampang'kan result semata. tapi, tengok lah. usaha yang kita buat tu memang setimpal tak dengan keputusan yang kita dapat?  hehe. *terasa

so, teruskan semangat berkobar-kobar untuk naikkan pointer sem 2 ni hingga ke hujung sem. semangat tetiba nak masuk sem baru. hahaha

semangat untuk yang lebih baik dan juga syukur atas segala yang diterima hehe
  •     cuti berbaki seminggu. boleh tak extend lagi sebulan? 

al-Fatihah atas kehilangan besar #TGNA

10 February 2015

Giveaway 7 Hari by Syira Lokman


assalamualaikum wbt



jom join!

  •    tak sabar nya tunggu potato salad ni sejuk dulu dalam peti ahahahaha


09 February 2015

Terima Kasih Aloe Vera dan Madu!


assalamualaikum wbt

bermula dari satu hujung minggu yang seharian sabtu aku berjemur dari pagi sampai 1-2 petang untuk aktiviti jabatan. sambung pulak bbq bersama-sama ex-classmate zaman asasi. seharian bawah terik matahari. bayangkan muka aku semua jadik merah sampaikan tinggal bekas lengkuk spek ja. aaaaaa.. maluuuuuu.

balik dari bbq dengan muka merah-merah tu, terus sambung meeting yang kebetulan diadakan malam tu jugak akibat aku gatal masuk jadik ajk program kolej. partner chinese aku pun sempat tegur dengan muka pelik,
"kenapa muka awak merah sangat ni?"
malu gilaaaa. aku rasa akulah manusia tercomot dalam meeting tuuuu.

terima kasih google
tak cukup dengan minggu tu, next week tu pulak aku sambung lagi berjemur seawal 8 pagi hingga remang matahari tepat 12.30 tghari. ya Allah,  pedih muka tu hanya tuhan ja yang tahu.

bermula dari siri jemuran terlebih tu ( tak termasuk yang aktiviti seharian jalan-jalan gi kelas ), muka aku disahkan mengalami sunburn teruk. hidung merah menyala. macam udang wehhh.

dan jarang ( kut ) yang ketahui bahawa sebenarnya sunburn merupakan punca untuk SEGALA masalah kulit muka yang akan menyusul selepas itu. muka aku lepas tu, macam apa je. dengan segala mak jerawat anak jerawat mula meneroka kulit muka aku. urghhhh.

tak cukup dengan diorang men'yewa' kulit aku ni, diorang tinggalkan pulak parut-parut kecik sekali. T.T

sekali lagi aku berterima kasih kepada google kerana sudi menyediakan medium untuk aku mencari jalan penyelesaian kepada masalah ni. haha. okay ni baru nak masuk point utama ye.
cara paling senang untuk hilangkan parut jerawat, jadikan campuran madu dan serbuk kayu manis sebagai masker dan amalkan tiap-tiap malam. mula-mula diamalkan, agak pedih sebab kayu manis tu panas sikit. tapi, relaks! tu normal hehe. 

untuk sunburn, aku berterima kasih kepada roomate aku sendiri sebab dia la yang mula-mula suggest untuk letak pati aloe vera kat muka. terus muka yang pedih-pedih tu sejuk. sebab tu memang sifat aloe vera yang soothing dan merawat parut terutamanya dari sunburn dan lecuran. so, bermula dari kejadian sunburn paling teruk ni, aku jadikan amalan untuk guna pati aloe vera tiap-tiap malam sebagai masker selain madu. 

boleh beli kat watson je. ramai yang suggest produk ni.
dua petua ni memang senang untuk dijadikan amalan. pati aloe vera tu pun murah ja. takpayah susah-susah cari pokok lidah buaya semata-mata nak dapatkan pati. madu tu curi ja sikit dari dapur. untuk kayu manis pulak, aku cuma sagatkan di pisau maka dapatlah serbuk-serbuk dia tu sikit. haha. senang!

sebenarnya petua-petua tradisional lagi mudah dan murah. bahan kimia pun takde. erk, kes berkecuali untuk yang gel aloe vera tu. 100% original tak semestinya kena percaya 100%.

nak lagi banyak petua, nah,

petua ringankan jodoh pun ada. semua ada. 
moral, jauhi sunburn. apply sunblock tebal-tebal. haha



08 February 2015

Asasi Sains Pertanian


assalamualaikum wbt

Asasi Sains Pertanian (disebut ASPER)  adalah satu-satunya program asasi yang ditawarkan di UPM. wujudnya perkataan PERTANIAN tu bukan bermaksud korang wajib sambung degree dalam bidang pertanian je. malah, korang boleh pilih untuk masuk mana-mana bidang ( kursus ) yang ditawarkan UPM untuk degree seterusnya. ngehngeh, menarik tak??

ASPER adalah terbahagi kepada dua. satu, streamers iaitu aliran perdana yang terdiri dari yang masuk pada bulan Mei yakni yang masuk pakai result SPM. kedua, trackers atau aliran pantas iaitu pelajar yang masuk bulan Januari menggunakan result trial SPM. memang pantas sebab diorang akan belajar selama 8 bulan je (kalau tak silap) sebelum masuk ke degree pada September tahun yang sama. manakala streamers pulak akan belajar selama setahun sebelum ke degree pada tahun berikutnya.

satu kelebihan yang paling besar bagi pelajar lepasan ASPER ni adalah mereka akan diberi kelebihan untuk kemasukan degree nanti. maknanya, tempat korang dah sememangnya ditempah di UPM untuk degree kelak. tidak perlu untuk compete dengan pelajar-pelajar matrikulasi, STPM, dan pelajar-pelajar asasi UiTM yang memohon UPM melalui UPU untuk degree. once masuk asper, degree korang pun akan disambung di UPM jugak. haaa. senang kerja. tak payah susah-susah isi upu untuk degree pulak.

kalau tengok nama pun ada pertanian, maknanya silibus pun akan ada subjek Pertanian. tapi, nama lagi asasi. so, belajar pun basic pertanian jugak. tapi, kami bukan semata-matanya based on pertanian je, biology, chemistry, physics dan juga matematik pun termasuk silibus jugak. so, pelajar asper akan mempunyai pengetahuan dalam bidang sains dan juga pertanian. 

yang menarik mengenai subjek pertanian adalah, pembelajaran bukanlah tertumpu dalam kelas sahaja, tetapi juga dalam amali. hahaha. maknanya, korang bakal menghadapi amali pertanian sekali seminggu sepanjang semester. tapi, kejap! jangan merungut sebab letih. seriously enjoy weh gi ladang!!! ( tak termasuk minggu aku jadi extra malas untuk ladang lalu ponteng la jawabnya haha ) 
p/s : banyak jugak minggu aku ponteng. rugi ah jugak bila diingatkan balik :P

UPM memang terkenal sebagai universiti penyelidikan terutamanya bidang pertanian. jadi, pelbagai jenis ladang tersedia haaa di sekeliling kawasan UPM. dari ladang lembu hingga ke rusa. dari ladang sayuran hingga ke buahan. dari unit padi hingga ke unit herba. dari unit turf hingga ke unit tanaman minuman. hahaha. namakan je, inshaAllah semua adaaaa! semua korang bakal merasa bila masuk ASPER. amali di ladang, amali di pasar tani ( yang ni serious best tapi untuk sem 3 ) dan juga lawatan ke kilang makanan. hahaha. mohon lepasan SPM yang tengah sibuk isi UPU tu ubah ye pilihan. masukkan ASPER sebagai first choice anda!


Padang Golf UPM semasa lawatan di unit turf. lembut rumputnya. rasa nak golek-golek je atas rumput tu.

haiiii. usap la saya. saya wangiiiiiii

banyakkk kambing comel-comel. 

peluk anak kambing. serious comel sangatttt

ke ladang lembu jommmm

anak pokok yang baru semai ni pun comel hahaha

haa tu part ladang. seronok tak? untuk gambar lebih, masuklah ASPER kehkeh

sesungguhnya air tasik ni amat penting
yang gambar tasik kat atas ni adalah salah satu tasik yang ada di Bukit Ekspo UPM. haa ni ssalah satu tempat best untuk riadah waktu petang. lokasi dia adalah berhadapan Kolej 13. Kolej 13 ni adalah kolej terpenting untuk pelajar asasi. mostly pelajar asasi akan tinggal di kolej ini. kes berkecuali adalah apabila kemasukan pelajar baru asasi terlalu ramai hingga melimpah ke kolej-kolej berdekatan. haha. ikut nasib.

sistem pembelajaran ASPER adalah mengikut sistem tiga semester setahun. cuti agak sikit. belajar banyak sikit. tapi jangan risau. ramai je yang berjaya survive. haha. mula-mula tu jealous kut bila tengok kawan-kawan aku budak matrik cuti lagi panjang dari kitorang. tapi lama-lama okay je. lek-lek je belajar haha

okay. ni adalah secara ringkasnya. for more informations, click
http://www.asasi.upm.edu.my/ - laman web rasmi asasi UPM

ah rindunya asasi. degree macam hurmmmmmmmm
  •    sesungguhnya ni bukan entry berbayar. haha



05 February 2015

Liebster Award


assalamualaikum wbt


terima kasih miss A sudi ngetag blog ni hehe
sebelum terus ke jawapan yang ditanya miss A, here's the rule...

    •     mention the person who nominated with link
    •     answer the question
    •     nominate other blogger
    •     create the questions
    •     notify your nominate
    dan ni adalah soalan-soalan yang miss A tanyakan. taraaaa....
    1. nyatakan satu personaliti diri korang yang korang rasa special
    2. kenapa korang buat blog
    3. apa pendapat korang tentang kpop
    4. bollywood,hollywood or malay stories..mana yang mnjadi pujaan hati
    5. IPTA or IPTS
    6. keluarga or kawan2
    7. kumpul duit untuk travel atau untuk makan di tempat best
    8. siapakah idola korang
    okay, ni pulak jawapan saya. yeayyy haha

    1. umm personaliti special? hurmm kejap nak pikir... humm tak tahuuu lahhhh. haha 
    2. sebab buat blog? haha. blog ni sebenarnya wujud masa aku di  Tingkatan 4. langsung takde motif kenapa blog ni wujud. 
    3. kpop? waahhh dulu memang peminat tegar. tapi sejak umur pun dah dipenghujung belasan tahun, tak sempat dah nak ber'fangirling' nya. tapi, sekarang still layan running man dan drama-drama haha. dan rasanya ada lagi kut post yang aku beria-ria fangirling dengan park yoo chun. ouch, ex aku tuuu :P
    4. huummm maybe hollywood sebab bollywood tak minat. malay, cliche
    5. yeahhh. aku pelajar IPTA.
    6. both. sebab kat rumah dikelilingi keluarga. kat universiti pulak dikelilingi kawan-kawan. so, dua-dua ni penting dalam hidup
    7. untuk travel. i would gladly live out of a backpack if it meant i could see the world.
    8. idola? my own family kut. keke. 

    so, sekarang, soalan-soalan yang ditujukan buat orang yang bakal ditag pulak hihi.
    1. rasa-rasanya korang ada sikap materialistik tak? hehe
    2. apa yang selalu korang buat masa cuti?
    3. tempat paling jauh pernah korang pergi?
    4. suka bertani tak? haha soalan pfftt
    5. pandangan korang tentang make-up?
    6. drama korea paling best pernah korang tengok?
    7. dah kahwin belum? :P
    8. benda pertama korang akan buat kalau menang 1juta?
    haha soalan apa-apa je aku ni. jawab haaaa

    orang-orang bertuah :
    dan sesungguhnya aku baru perasan aku kena tag dua kali untuk liebster award ni. huwaaa sorry awak. tak terperasan mesej kat cbox T.T 


    04 February 2015

    Segmen Blogwalking dan Menang Hadiah by dyan zakhi


    assalamualaikum wbt


    bilangan follower : 591

    jom join ramai-ramai :)


    Resepi Kerabu Megi Ala Thai


    assalamualaikum wbt

    bila tekak terasa nak makan benda yang yummy-yummy. terus teringatkan kerabu megi yang selalu aku beli kat pasar tani ahhhh sedap nyeeee. kalau buat sendiri lagi berganda-ganda kesedapan dia tu kan?

    so this is my own version of kerabu megi thai versi bodo ( maaf jikalau kasar. tapi perkataan ni selalu aku guna untuk makanan yang cara masaknya hanya campak-campak je haha )


    •     Rebuskan megi. kalau megi perisa tomyam lagi sedap. perencah dia masyuk untuk resepi ala thai ni. tapi haritu ada megi kari so aku guna ja yang kari. pun sedap jugak!
    •     Potong bawang merah, cili padi ( lagi banyak lagi pedas lagi sedap perghh ) dan daun ketumbar. 
    •     Untuk lauk or garnishing selain daripada bawang, daun ketumbar dan cili tu, boleh dipilih samada untuk gunakan sotong, udang, hotdog ataupun fishball. kalau semua ada dalam peti, lagi bagus. rebuskan lauk-lauk pilihan korang
    •     Campak semua megi yang telah ditos + bawang + cilipadi + daun ketumbar masuk dalam mangkuk. besar sikit supaya senang kita nak gaul.
    •     Perahkan asam limau nipis dalam campuran tadi. lemon pun boleh. limau kasturi pun boleh.
    •     Perencah megi tadi korang campurkan sikit dengan air panas or sejuk asalkan dia boleh larut. seterusnya, curahkan masuk dalam mangkuk tadi. 
    •     Haaa, masuk part ni, lidah memainkan peranan. perencah tu kan dah masin. kena pandai seimbangkan dengan gula sikit.
    •     Kalau lidah korang semua dah rasa sedap, boleh lah dihidang. siap!
    dipenuhi hotdog. sotongnya sikit ja



    03 February 2015

    Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada nile.com.my


    assalamualaikum wbt

    jom join giveaway ni! mana tahu kalau ada rezeki dapat hehe.

    sapa-sapa yang nak join boleh refer blog Lyssa Faizureen . tahu benda ni pun dari blog lyssa jugak :)

    nak join, click untuk terbang ke nile.com.my
    so, untuk penuhkan RM150 tu, here's my choice! yeayyy









    Jumlah semua barang diatas,

    RM52.40 + RM24.60 + RM21.40 + RM14.89 + RM15.90 + RM3.10 + RM3.90 + RM4.90 = RM141.09

    okay done! walaupun banyak lagi baki nak cukupkan RM 150
    haha

    nak kena email to give_away@nile.com.my





    02 February 2015

    Kehidupan Sebagai Mahasiswa (Versi Satu)


    assalamualaikum wbt

    sebelum jauh meneroka papan kekunci laptop ni, satu patah perkataan to describe the tittle, 'BAJET HAKTUIHHH' . haha. ops dah jadi dua patah perkataan.

    sebab kenapa jari aku tetiba ringan untuk taip entry? haha.
    semuanya semata-mata timbulnya SEMANGAT setelah check stats untuk blog ni! wahahaha.
    dan, yang buatkan aku lebih semangat bila banyak jugak ye view untuk blog ni. ahhhhh terharuuuuuuu. nah peluk cium untuk blog niiiii. kekeke (bajet ada pembaca)

    kalau diikutkan entry, last sekali punya adalah hampir 5 bulan yang lepas. bukan sebab MALAS, bukan sebab TAKDE MASA, dan juga bukan sebab BAJET BUSY SANGAT SIAPKAN ASSIGNMENT. dan paling penting, bukan sebab AKU KUAT STUDY.
    sebab sebenar tak dapat dijelaskan :P
    masa cuti-cuti ni lah aku mula review apa yang telah dibuat sepanjang sem 1 lepas. haih, nanges!



    kalau dibuat list, maunya hidup aku kat upm tu hanyalah berdasarkan ;
    •    tidur
    •    makan
    •    kelas + lab
    •    assignment
    •    aktiviti kolej demi merit (muka sedih) haha
    •    layan movie ngan geng
    study langsung takde. istilah study hanya wujud bila adanya quiz dan test. haha. kalau ada masa 3 hari sebelum quiz (bagi yang dimaklumkan) hanya malam sebelum langsungnya quiz tu jugakla aku study. ish ish. tapi, kalau quiz yang tak dimaklumkan, haruuuu. pakai fitrah la jawab calculus.
    #also applies to test and even masa study week sebelum final  hahaha

    kalau study pun camni, agak-agak result camne yer? [ NANGES ]
    effort sikit layak ke kalau nak mohon hasil nye besar? [NANGES ]^2

    EXACTLY apa yang aku alami T.T
    bukan tak nak study, tapi, godaan-godaan tu lagi besar dari pengorbanan. contoh, tengah 'rancak' (be sarcastic) study, bunyi whatsapp masuk. jadi, sound waves tu seterusnya travel masuk ke telinga lalu diinterpret masuk ke sistem saraf dan selanjutnya dihantar ke otak untuk tindakan selanjutnya. lalu, (ringkaskan sebab malas) aku pun pilih untuk check phone daripada meneruskan apa yang aku buat sebelum tu. hooho. WORLDS' PROBLEM betol. huh

    pernah aku buat time final zaman asasi dulu, aku 'mute'kan phone. simpan dalam laci. dan bukak buku. hahhh dapat la jugak bertahan sejam haha

    tapi, naik degree ni, langsung takde ambik inisiatif nak improve cara study. haha. 
    tapi, kata orang, hidup di universiti ni, tak payah gila-gila study pun takpe. buat chill buat relax je. p/s: ni kata ORANG, bukan aku punya kata haha
    lagipun bidang aku tak perlukan hafalan yang gila-gila. cukup hanya sekadar fahaman mendalam terhadap konsep fizik je. hahahahahaha
    betol tak????

    [ the LAZY me T.T ]



    nota kaki : tajuk yang versi-versi tu aku saja je letak. kalau ada ditiupkan SEMANGAT, tahun depan naik la entry yang versi dua kehkeh