assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

28 August 2014

Otaku in The Making..


assalamualaikum wbt.

Otaku is extremely negative in meaning as it is used to refer to someone who stays at home all the time and doesn't have a life (no social life, no love life, etc) 

tu adalah maksud sebenar otaku. dan otaku ni pun ada banyak jenisnya. jenis yang paling common, manga otaku dan anime otaku. game otaku, idol otaku dan banyaakkkk lagiiii. takkan la nak list semua kannn? hahaha

oh, sebenarnya topik utama bukannya nak listkan jenis-jenis otaku tu semua. tapi tu hanya sebagai mukaddimahnya. hehe. sekarang ni dah tak berapa reti macam mana nak buat opening tulis entry (bunyik macam buat karangan SPM hoho).

tapi, tujuan utama entry ni adalah untuk membicarakan anime-anime best yang wujud atas dunia ni. hahaha. and yess! aku ni peminat anime, tapi belum sampai tahap otaku. takdenye minatkan anime gila-gila sampaikan duduk terkurung ja dalam rumah. banyak lagi benda menarik kat atas muka bumi ni :D

ni dah sampai tahap kritikal punya otaku nihh!!!

dan, sebagai seorang perempuan (ehemm, a long wayyy to go for wanita eceeehhhh) , semestinya genre favourite aku adalah shoujo. yeay!!!! shoujo manga is the best! shoujo anime is the best! yeahhhh... anyone yang minat shoujo?

aku pun sebenarnya baru je terjebak dalam dunia 'khayalan' ni semua. disebabkan dah terlalu bosan menghabiskan beras dirumah selama hampir 4 bulan ni, akhirnya aku mengambil keputusan untuk terjerumus ke dunia anime dan manga ni.

the very first anime yang aku tengok adalah KAICHOU WA MAID SAMA
seriously best kut. dan Usui Takumi tu adalah sangat hensem. hahaha (okei, masuk part ni, memang dah jadi gila aku ni). walaupun tu anime first (tak termasuk Doraemon, Shin Chan dan Chibi Maruka-chan) yang aku tengok, pergh, memang totally in love dengan Usui. kyaaaa (mohon muntah dengan adegan yang terlebih girly ni. maaf)



memang masa ni, aku dah gila-gilakan si usui tu sampaikan profile picture facebook pun pakai gambar si usui. hahaha. hensemmm!!!

selepas kenal kaichou wa maid sama ni, aku pun tetiba tertarik untuk menge'like' page Manga Fox difacebook. selalu je kalau online facebook, ada kawan aku yang kaki like post-post Manga Fox ni. so, aku pun mula la menggodek manga dan anime apa lagi yang best. hoho. semangat aihh masa ni.

so, the next is DENGEKI DAISY. haha. yang ni aku baca manga. animenya tak dak. 


jalan ceritanya pun best. setia aku baca sampai berpuluh-puluh chapternya tu. haih. but still, kan best kalau ada anime. huwaaaaa... i need the anime!!!

ops, dan SEKALI lagi, profile picture facebook aku bertukar. dari si Usui ke si Takeru ni pulak. hoho



dengan bermulanya perkenalan aku dengan Manga Fox ni, memang giat la aku mencari manga-manga yang best. 

selain daripada anime dan manga ni, aku pun terjerumus jugak untuk versi live action kepada anime-anime dan manga-manga yang ada tu. hoho.

first live action adapted from manga yang aku tengok adalah koukou debut ataupun HIGHSCHOOL DEBUT
best kut! si junpei pun hensem je aku menengoknya. haha (aku dah start tergila-gilakan lelaki jepun)

next live action yang aku minat, KIMI NI TODOKE
Haruma Miura kut yang berlakonnya. perghhhh



kyaaa. sangat comel. suka dengan pelakon perempuan tu. sebab sebelum aku tengok movie ni, aku pernah tengok drama YAMADA TAROU MONOGATARI. haha

next manga dan anime yang best pernah aku baca dan tengok adalah SUKITTE II NA YO



dan, live action Sukitte Ii Na Yo ni pun terSANGATla best. hoho. tapi, baru je release. hanya mampu tengok trailer berulang-ulang kali je la. huhu

kyaaa. kawaiii desu. Yamato x Mei Tachibana


okei. dah terpanjang dah entry ni. yang daripada pasal otaku dah jadi sharing pasal anime manga jepun dah. hehe. tapi aku sukaaa.. 

next entry kalo rajin, aku akan buat recommended shoujo manga and anime pulak. letih la nak sumbat semua dalam satu entry kan? hihi. banyak lagi yang nak di'sharing'kan ni! terlebih excited pulakkk.

dan kalau ada any interesting mangas dan animes yang nak suggest, sangatlaa dialu-alukan. hehe. aku ni memang tak sedar diri. padahal next week dah nak naik degree dah. huwaaa andwaeyo!!!!

p/s : till we meet again in u piey em! hoho


No comments :