assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

22 April 2013

Segmen Bloglist Tambah Follower PariPariPutih


assalamualaikum wbt


hehe join! sesapa nak join boleh lah klik banner tu terus ;)

21 April 2013

belajar di oversea. pros or cons?


assalamualaikum wbt.

kalau ditanya kepada semua lepasan-lepasan SPM tahun lepas, mesti hampir 70% jawab berminat untuk sambung belajar di oversea kan? 

masa aku di PUTIK minggu lepas untuk majlis penganugerahan pelajar cemerlang (literallynya ambik duit RM500 sumbangan kerajaan negeri la hehe) , ada makcik yang duduk belakang aku berbual dengan kawan dia kut.

mak cik A : anak dapat berapa A?
mak cik B : 9A. anak awak pulak?
makcik A : 10A. pasni nak pergi sambung belajar kat mana pulak?
makcik B : oh, dia apply mara medic ireland.
makcik A : anak kita dentistry jordan kut. entah la dia. kita ni mana la tahu.

perbualan di atas antara contoh terdekat bagi topik kat atas tu. kebanyakan high scorer spm pilih course medic or dentistry. tu daripada pemerhatian aku je. hehe. dan yang paling penting, semuanya bawah program ijazah luar negara (PILN).

pelajar yang berpeluang ke luar negara ni selalunya dipandang tinggi oleh masyarakat terutamanya di kampung-kampung. macam kes aku ni. ramai je orang sini yang aku tahu sambung belajar di oversea. ada yang medic mesir. ada yang sains aktuari di us. ada juga dentist ireland. hehe.


tentunya persaingan la halangan utama kalau kita apply program-program PILN ni. tambahan pula, ramai orang pandai akhir-akhir ni. tengok la result SPM 2012 tu.hampir 15000++ yang dapat straight As. tu yang straight As kalau yang masuk kategori 'near miss' tu? LAGI RAMAI! (err. terasa la hihi)

ada jugak yang aku baca di blog-blog yang mengatakan kalau course medic, better di malaysia sendiri sebab kita akan lebih familiar dengan sistem hospital-hospital tempatan. tapi, tu yang medic la. 

malah, ada jugak yang kata, better belajar di malaysia sebab environmentnya yang stabil dan aman. kiranya dapat belajar dalam suasana yang baik la. 

tapi ada jugak kelebihan kalau kita belajar di oversea. pertama, pengalaman. orang yang belajar di oversea ni tentunya mempunyai pengalaman yang lebih luas skopnya. cehhh. 

kedua, kelebihan bahasa asing. ini terutamanya bagi yang belajar di negara-negara yang 100% silibusnya dalam bahasa tempatan. macam korea selatan, jepun, perancis or jerman. kakak aku sendiri kata, masa kerja nanti, bolehla apply untuk jadi translator. tak semestinya ambil course engineering kerja pun engineer. tapi, ni mungkin untuk pelajar bawah jpa or mara sahaja. sebab selalunya yang bawah syarikat seperti petronas, sime darby dan lain-lain, kita akan terikat dengan syarat perjanjian tajaan tu kan? mestilah kita diwajibkan berkhidmat dengan mereka untuk beberapa tahun. 


ada senior aku yang baru je fly ke jepun bulan lepas kata makanan harian mereka di jepun, telur dan ikan je. haha. confirm rindukan masakan malaysia kan?

bagi aku, kalau kita ada minat yang tinggi, everything's gonna be alright kut. aku sendiri apply program kejuruteraan korea for both mara and jpa. hehe. kenapa aku pilih korea? entah. habis la aku kalau tergagap-gagap nak jawab soalan macam ni jika disoal masa interview jpa tu nanti. takkan nak jawab macam ni kut,
err sorry sir. i'll try to ask myself why i choose korea after this.
haha. terus interviewer tu pangkah! out of the list! sebab tak dak self-confidence nak jawab soalan mudah.

err sebenarnya aku tak nak meletakkan sepenuh harapan untuk program nih. especially bila lepas buat ujian kelayakan mara tu. dengan soalan yang entah apa-apa, dengan diri ini yang tak seberapa hebat macam orang lain. jadi, bila ada orang yang tanya lepas ni nak belajar kat mana pulak? i'll just answer, tunggu keputusan upu, berharap sangat kalau dapat asasi sains uitm ataupun asasi sains pertanian upm. in sha Allah kalau ada rezeki.

dapat interview untuk mara dan jpa pun dah cukup bersyukur hehe.

doakan dan lets wish me good luck di bawah ye ;)

dream

16 April 2013

interview MARA 2013 ;)


assalamualaikum wbt

Alhamdulillah hari ni aku dah pun selamat menjalani temuduga program MARA. hehe. eleh, ghamai lagi yang dapat kan?

first aku check nama kat semakan mara hari jumaat. sepatutnya hari khamis tapi disebabkan kesesakan yang teramat sangat di sistem mereka, tak boleh nak check. tu pun aku guna link ke-2 yang mara bukak bagi mengurangkan 'traffic' jam mereka nih. sadis giler masa tu. masukkan ic, tetiba keluar 404 error. name not registered bla bla.

hati dah berdebar-debar. kut-kut la aku memang tak layak memandangkan dah berkali-kali aku try, tetap keluar yang error tu. tapi, Alhamdulillah petang jumaat tu dapat check jugak.

sebagai persediaan nak pergi interview nih, aku ada jugak google maklumat-maklumat atau mungkin juga frequently asked questions during mara's interview ni. bila taip INTERVIEW MARA kat google, terus tersedia link-link blog yang menceritakan pengalaman mereka diinterview. haaa, yang nilah aku cari.

habis menjelajah blog-blog tersebut, tiba-tiba rasa rendah diri la pulaks. melihatkan cara tuan empunya blog mengarang entry full in english, semestinya tahap SEPIKING diorang pun hebat-hebat belaka. tambahan pula ada yang ex student sbpi... mrsm... bla bla bla. semuanya sekolah hebat-hebat. aku ni tahap MARHAEN je :(

my first expectation pasal interview nih adalah sesi temuduga secara berkumpulan. ye la, tahun lepas punya pihak mara jalankan secara berkumpulan.


hoho. berdebarnya. apa la yang aku nak mengarut depan para interviewers tuuu.

aku pun dah prepare sikit-sikit kalau dapat soalan-soalan macam ni ;-

  •    why should mara choose you for this programme?
  •    please describe yourself to us

soalan tahap kacang bagi mereka yang terer speaking. aku yang tak berapa nak terer ni sibuk duk cari point-point apakah yang patut aku jawap bagi soalan macam ni. lebih baik aku prepare sebelum aku tersengih tergaru depan interviewers sekalian. haha

dan untuk memendekkan entry aku kali nih, say what??

ghupe-ghupenya sesi bertulis je. semua di atas hanya 'khayalan' semata-mata. haha. pegang pensel pilih jawapan dan hitamkan di kertas OMR. 0_o

walaupun mara dah nyatakan awal-awal sila bawa pensel dan pemadam tu, ingatkan saja-saja je. mungkin ada ujian sikit sebelum ditemuduga. huh. akhirnya meleset sangkaanku. tak sempat aku nak SEPIKING depan para interviewers kan? haha. nasib-nasib. saja je nak bagi surprise. selama ni, wajib cakap orang putih (speaking) untuk temuduga dia kan?

p/s : soalan-soalan dia memang bikin gua kepanasan dalam dewan tu! berasap kepala aku nih ;) habis tanggal karat yang selama ni mendominasi hampir keseluruhan sel otak aku nih.

03 April 2013

KHAS BUAT PEMALAS


assalamualaikum wbt.


haha. lempang diri sendiri! sebijik sama dengan aku masa SPM dulu.

umi aku : athirah! tido nampak. dah study ke nih?
aku : heheh. belum *muka comel.
umi aku : gi study nuh! *muka garang.

umi aku sendiri geleng kepala bila tengok aku duk relaks memanjang. siap bagi warning lagi.

erk, takut. terus purak-purak hadap buku ;) hoho. pura-pura je. mata ke buku, hati entah ke mana. termenung depan buku!

dan, buat bakal calon SPM, tolong jangan contohi gambar di atas ;)