assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

28 February 2013

Zaman Kegemilangan FRIENDSTER! =.=


assalamualaikum wbt.

p/s : masihkah anda ingatkan username dan password friendster anda? ;)

hoho, logo yang amat saya rindui. lol!

buat anda yang dah lupa atau mungkin tak ingat apa itu friendster, ni penerangan pendek yang mungkin dapat mengembalikan ingatan anda yang errr, dah tak power tuu.
FRIENDSTER merupakan satu laman sosial yang wujud jauh lebih awal daripada facebook apatah lagi twitter. konsep yang digunakan juga hampir sama dengan facebook kerana laman ini berasaskan prinsipnya iaitu, UNTUK MENAMBAH KENALAN. haha//
saya 'SAYANGKAN'  friendster sebab ;- //lol

  • saya mula kenal dunia internet selepas saya ada account friendster 
  • saya register account email yahoo semata-mata nak register friendster *hahahahahahaha!!!!
  •  saya dapat design profile friendster saya ikut sesuka hati. boleh pakai background, dapat letak widget liplapliplap, dapat promote gambar sendiri ;) ala-ala blog gitu!
  • balik je sekolah (masa tu saya di tingkatan 1) terus laju log in friendster. huh, apa kejadahnya? haha
kat friendster, kemudahan nak chatting tu memang takde. butang like, share dan komen pun tak pernah wujud. kalau kita tulis status, hah, lantak la apa orang lain nak kata. tak payah nak pikir berapa orang nak like status kita apatah lagi retweet! haha.

satu-satunya cara pengguna friendster nak berkomunikasi adalah dengan saling berinteraksi di profile masing-masing. tersangatlah open minded pengguna friendster masa tu kan? dan yang paling penting, cinta friendster dan sebagainya tak wujud pun di zaman tersebut. 


akhirnya, friendster dilupakan. agaknya ada lagi ke manusia di bumi ni yang guna friendster? haha. erk, myspace pulak camne?

dulu, ketika masih lagi di bangku sekolah, saya balik sekolah, log in friendster. budak-budak sekarang, dalam kelas pun sempat duk tweet tweet bagai. zaman berubah. 


p/s : sesiapa yang pernah melalui zaman FRIENDSTER dan MYSPACE, sila angkat errm, tangan anda!
the world is changing. dulu, internet susah nak dapat. sekarang ni, tak kira dimana jua, internet wajib ada! dulu, zaman mak-mak ayah-ayah kita, komputer pun kenal lepas masuk universiti je. sekarang ni, rasanya semua golongan pun kenal komputer. dulu, bertapa di perpustakaan kalau ada nak rujuk buku, sekarang taip kat google je. 
mungkin generasi kanak-kanak yang lahir tahun 1995 ni generasi pertengahan kut sebab kami masih lagi ada pengalaman main lompat getah, masak-masak, dan semua jenis permainan kanak-kanak yang popular dulu. dan kami juga sempat merasa perubahan teknologi. hehe. seimbang!

ba ba boyo, ba boyo ekor panje. mu nok jadi ko tokse? //haha. orang kelantan mesti paham punyo!

entri merapu tetengah malam.

7 comments :

Aina Areen said...

tu laa. zaman aina form one form two ni :P huhuhu

mizzniya said...

first social network yg akak ada dlu, friendster laa,tapi tak care sgt..smpai la facebook muncul..bru la active..tp password friendster still ingt lg..hehehe

athirah said...

@mizzniya wah, ingat lagi?? hebatnya!! haha..

athirah said...

@Aina Areen hehe.. sama la kita ;)

Alia Erfani said...

yeah. betul-betul. kita generasi pertengahan. weee. hehe

NurainSuperr said...

dulu ada dafttar friendster then sbab tak ada kawan, terus deactive : D

Nor Aznida said...

nida kenal dunia internet time 2009...mula myspace...then fb,blog n tweet2...terus trjebak smpai skrg....hahaha.