assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

18 February 2013

pakatan untuk 'membunuh'


assalamualaikum wbt.

masa kejadian : tengahari 17 februari 2013, 12.15 pm.

setelah 3 kali duk pusing bahagian parking dan tiga penjuru, cikgu memandu aku a.k.a pakcik moody tu dah bagi isyarat stop. sebenarnya, aku tak perasan pun dia dah suruh aku stop sebab dia duduk punyala jauh dari tempat aku tengah practice ni. tetiba je kawan aku, ipa datang mai bukak pintu kereta pastu masuk ke seat belakang.

ipa : pakcik tu suruh stop pastu bawak kereta ni pergi depan. nak balik la tu kut.
aku : oh, ye eh? tapi, dia buat selamba je tengok sini. (dalam hati happy sebab argh, finally, sesi tamat. letih!)

maka, aku lepaskan clutch perlahan-lahan. kereta mula bergerak. gear 1 aku gantikan dengan gear 2. hihi.

tiba-tiba....
aku nampak cikgu memandu aku tu tengah jalan kaki  betul-betul depan aku. selamba je dia jalan kat tengah-tengah jalan. dia ingat takde orang yang berani rempuh dia ka? kaki aku dah ready di clutch. erk, tapi  sebenarnya kereta tu bergerak teramat-amatlah perlahan. jadi, rasanya, bagi yang dah pro, tak perlu clutch bagai. 

aku : ipa, camne ni? eiii, menghalang jalan betul!
ipa : huh, rempuh je dia tu, senang cerita. 

akhirnya, aku tekan clutch pastu brek kereta. lagipun, kat depan tu ada simpang. haih, tak jadi pakatan GILA kami hari ni.


WOI ATHIRAH! MEMBUNUH TU DOSA BESAR!! *hehe

2 comments :

NurainSuperr said...

WOW, ingatkan pakatan apa haha

athirah said...

@NurainSuperr haha ;) pakatan untuk 'membunuh' cikgu memandu saya!