assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

25 February 2013

Novel Talk : Cintaku Luruh di Oxford


assalamualaikum wbt.

seperti yang anda sedia maklum, saya ni manusia yang bergelar kaki novel. bukan semua genre novel saya minat. dan kali ni, jom, saya kongsikan sebuah novel yang amat menarik untuk si kaki novel semua, hihi ;)


inilah dia, Cintaku Luruh di Oxford hasil karya sepasang suami isteri, Noor Suraya dan Imaen. sweet kan pasangan ni? tulis novel sama-sama. kongsi minat yang sama. hurm, nampaknya, aku pun kena cari laki yang ada minat yang sama macam aku. erk, minat aku ni apa sebenarnya eh? haha.


novel ni terbahagi kepada dua bahagian. bahagian 1 berkisar kisah Zuha-Falah di Oxford, manakala bahagian 2 kepada kehidupan mereka berdua di Malaysia setelah bergelar pengurus ladang(Falah) dan guru pelatih(Zuha).

aku lebih sukakan bahagian 2 walaupun di bahagian 1, ceritanya berkisar kepada kehidupan mereka sebagai seorang pelajar Uni. Oxford di Lady Margaret Hall. mestilah best part belajar di oversea tu sebab aku pun berangan nak sambung belajar kat oversea jugak. haha. tapi, part di Bukit Dussek lebih menarik bagi aku. rasa macam nak pergi ke Bukit Dussek, tinggal kat sana jugak, dan yang lebih penting, berjumpa dengan pengurus ladang macam Falah yang digambarkan awet muda dan sedap mata memandang. haha. gedik. tapi, seriously, aku dah jatuh 'cinta' dengan watak Falah tu. bersederhana. Falah berjaya sambung belajar di Oxford walaupun keluarganya miskin berkat usahanya. tabik!

suasana di Bukit Dussek dapat aku gambarkan dengan mudah dalam kepala aku ni. aku teringatkan ladang kelapa sawit yang pernah aku lihat dari dalam bas masa dalam perjalanan ke Taman Negara Kuala Koh nun jauh di Gua Musang. yang masih aku ingat, ada sebuah kawasan, mungkin menjadi pekan kecil ladang tu sebab ada sebuah klinik desa, beberapa kedai runcit dan banyak kediaman yang kecil di sekitar kawasan tersebut. memang sebijik macam yang Noor Suraya dan Imaen gambarkan Bukit Dussek ni. cuma, aku tak nampak pun sekolah dan kedai makan kat pekan kecil tu. 

novel ni jugak amat ringan sebab tidak terlalu dipadatkan dengan konflik-konflik yang amat 'over' macam novel-novel melayu lain yang tipikal. sejujurnya, aku paling tak suka baca novel yang penuh dengan konflik yang mungkin tidak logik berlaku dalam kehidupan sebenar. tapi, walaupun jalan ceritanya ringan, bahasanya, fuhhh! memang penuh dengan sastera. ayatnya yang tersusun dan penuh dengan keindahan.


bukunya yang teramat-amat tebal. aku ambik masa dekat tiga minggu untuk habiskannya. dan kerana novel ni terlalu tebal, aku tak tahu apa lagi yang patut aku kongsikan. lebih baik anda semua membelinya tidak kiralah di kedai buku atau secara online. oh ya, novel ni di bawah penerbitan JsAdiwarna, iaitu anak syarikat Jemari Seni Publications jugak. novel-novel lain JsAdiwarna pun boleh tahan bestnya.


tentang penulis yang tercetak di kulit belakang novel ni.

Noor Suraya, seorang penulis yang menulis penuh dengan keindahan. Imaen pulak aku kenal melalui novelnya yang bertajuk Seikat Kembang Merah yang agak thriller tapi best! gandingan yang hebat.


Cik Hud Merah a.k.a Zuha. hihi.

dan ni gambar tambahan bagi yang tidak pernah tahu mengenai kewujudan Taman Negara Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan ni. hehe



*gambar pinjam dari google tersayang

aku pun first time tahu pasal ni masa aku pergi sana untuk TM Earth Camp Zon Timur 2010 anjuran Kelab Pencinta Alam dan TM masa tu. masa tu, ada jugak berhajat nak datang sini lagi sekali, tapi, setakat ni, tu je la kali pertama dan terakhir aku menjejakkan diri di taman negara ni. haha.

8 comments :

Dear Bella said...

Baru nampak novel ni kat kedai buku popular... Dah belek2 dah bukunya tapi tak terbeli... hehe
Tengok cara kamu ulasan macam best je novel tu...

athirah said...

@Dear Bella memang best.. novel yang wajib dibeli.. hihi.. rugi tak baca ;)

Aina Areen said...

wahh, macam best jaa novel tuh. nak kena cari ni . hehehe

athirah said...

@Aina Areen pegi beli cepat!!! haha ;)

Aireyn Ashra ツ said...

Eh tak pernah tau kelantan ada taman negara T_T

Shazwani Othman said...

peminat novel ye? boleh geng laa :D

athirah said...

@Aireyn Ashra ツ yup, dulu pun sy xpernah tahu jugak. hihi..

tp, taman negara ni pun ok la jugak sebab byk fasiliti ada. canopy walk pun ada ;) best! err, tapi, sy xberpeluang pulak nak naik masa tu.. hahaha

athirah said...

@Shazwani Othman ho yeah!!! happy ~ ;) hihi..