assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

28 February 2013

Zaman Kegemilangan FRIENDSTER! =.=


assalamualaikum wbt.

p/s : masihkah anda ingatkan username dan password friendster anda? ;)

hoho, logo yang amat saya rindui. lol!

buat anda yang dah lupa atau mungkin tak ingat apa itu friendster, ni penerangan pendek yang mungkin dapat mengembalikan ingatan anda yang errr, dah tak power tuu.
FRIENDSTER merupakan satu laman sosial yang wujud jauh lebih awal daripada facebook apatah lagi twitter. konsep yang digunakan juga hampir sama dengan facebook kerana laman ini berasaskan prinsipnya iaitu, UNTUK MENAMBAH KENALAN. haha//
saya 'SAYANGKAN'  friendster sebab ;- //lol

  • saya mula kenal dunia internet selepas saya ada account friendster 
  • saya register account email yahoo semata-mata nak register friendster *hahahahahahaha!!!!
  •  saya dapat design profile friendster saya ikut sesuka hati. boleh pakai background, dapat letak widget liplapliplap, dapat promote gambar sendiri ;) ala-ala blog gitu!
  • balik je sekolah (masa tu saya di tingkatan 1) terus laju log in friendster. huh, apa kejadahnya? haha
kat friendster, kemudahan nak chatting tu memang takde. butang like, share dan komen pun tak pernah wujud. kalau kita tulis status, hah, lantak la apa orang lain nak kata. tak payah nak pikir berapa orang nak like status kita apatah lagi retweet! haha.

satu-satunya cara pengguna friendster nak berkomunikasi adalah dengan saling berinteraksi di profile masing-masing. tersangatlah open minded pengguna friendster masa tu kan? dan yang paling penting, cinta friendster dan sebagainya tak wujud pun di zaman tersebut. 


akhirnya, friendster dilupakan. agaknya ada lagi ke manusia di bumi ni yang guna friendster? haha. erk, myspace pulak camne?

dulu, ketika masih lagi di bangku sekolah, saya balik sekolah, log in friendster. budak-budak sekarang, dalam kelas pun sempat duk tweet tweet bagai. zaman berubah. 


p/s : sesiapa yang pernah melalui zaman FRIENDSTER dan MYSPACE, sila angkat errm, tangan anda!
the world is changing. dulu, internet susah nak dapat. sekarang ni, tak kira dimana jua, internet wajib ada! dulu, zaman mak-mak ayah-ayah kita, komputer pun kenal lepas masuk universiti je. sekarang ni, rasanya semua golongan pun kenal komputer. dulu, bertapa di perpustakaan kalau ada nak rujuk buku, sekarang taip kat google je. 
mungkin generasi kanak-kanak yang lahir tahun 1995 ni generasi pertengahan kut sebab kami masih lagi ada pengalaman main lompat getah, masak-masak, dan semua jenis permainan kanak-kanak yang popular dulu. dan kami juga sempat merasa perubahan teknologi. hehe. seimbang!

ba ba boyo, ba boyo ekor panje. mu nok jadi ko tokse? //haha. orang kelantan mesti paham punyo!

entri merapu tetengah malam.

27 February 2013

Segmen Kenali Saya Purple Sweetyzhanieyz83


assalamualaikum wbt

saya join segmen lagi!!

nak join? klik banner atas ni. tak rugi woo kalau kita join segmen. 

antara kelebihan menyertai segmen :
  • dapat follower baru *hehehe ;)
  • dapat kenal ramai blogger-blogger lain. tak la jadi macam katak bawah tempurung. *ceehhhhh!
p/s : cik akak, errr, berminat dengan hadiah novel tu! hihi. 
tata. join ye. anda yang baca post ni diwajibkan join. mandatori ;)



26 February 2013

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli


Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli.. 

Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana.. 

25 February 2013

Novel Talk : Cintaku Luruh di Oxford


assalamualaikum wbt.

seperti yang anda sedia maklum, saya ni manusia yang bergelar kaki novel. bukan semua genre novel saya minat. dan kali ni, jom, saya kongsikan sebuah novel yang amat menarik untuk si kaki novel semua, hihi ;)


inilah dia, Cintaku Luruh di Oxford hasil karya sepasang suami isteri, Noor Suraya dan Imaen. sweet kan pasangan ni? tulis novel sama-sama. kongsi minat yang sama. hurm, nampaknya, aku pun kena cari laki yang ada minat yang sama macam aku. erk, minat aku ni apa sebenarnya eh? haha.


novel ni terbahagi kepada dua bahagian. bahagian 1 berkisar kisah Zuha-Falah di Oxford, manakala bahagian 2 kepada kehidupan mereka berdua di Malaysia setelah bergelar pengurus ladang(Falah) dan guru pelatih(Zuha).

aku lebih sukakan bahagian 2 walaupun di bahagian 1, ceritanya berkisar kepada kehidupan mereka sebagai seorang pelajar Uni. Oxford di Lady Margaret Hall. mestilah best part belajar di oversea tu sebab aku pun berangan nak sambung belajar kat oversea jugak. haha. tapi, part di Bukit Dussek lebih menarik bagi aku. rasa macam nak pergi ke Bukit Dussek, tinggal kat sana jugak, dan yang lebih penting, berjumpa dengan pengurus ladang macam Falah yang digambarkan awet muda dan sedap mata memandang. haha. gedik. tapi, seriously, aku dah jatuh 'cinta' dengan watak Falah tu. bersederhana. Falah berjaya sambung belajar di Oxford walaupun keluarganya miskin berkat usahanya. tabik!

suasana di Bukit Dussek dapat aku gambarkan dengan mudah dalam kepala aku ni. aku teringatkan ladang kelapa sawit yang pernah aku lihat dari dalam bas masa dalam perjalanan ke Taman Negara Kuala Koh nun jauh di Gua Musang. yang masih aku ingat, ada sebuah kawasan, mungkin menjadi pekan kecil ladang tu sebab ada sebuah klinik desa, beberapa kedai runcit dan banyak kediaman yang kecil di sekitar kawasan tersebut. memang sebijik macam yang Noor Suraya dan Imaen gambarkan Bukit Dussek ni. cuma, aku tak nampak pun sekolah dan kedai makan kat pekan kecil tu. 

novel ni jugak amat ringan sebab tidak terlalu dipadatkan dengan konflik-konflik yang amat 'over' macam novel-novel melayu lain yang tipikal. sejujurnya, aku paling tak suka baca novel yang penuh dengan konflik yang mungkin tidak logik berlaku dalam kehidupan sebenar. tapi, walaupun jalan ceritanya ringan, bahasanya, fuhhh! memang penuh dengan sastera. ayatnya yang tersusun dan penuh dengan keindahan.


bukunya yang teramat-amat tebal. aku ambik masa dekat tiga minggu untuk habiskannya. dan kerana novel ni terlalu tebal, aku tak tahu apa lagi yang patut aku kongsikan. lebih baik anda semua membelinya tidak kiralah di kedai buku atau secara online. oh ya, novel ni di bawah penerbitan JsAdiwarna, iaitu anak syarikat Jemari Seni Publications jugak. novel-novel lain JsAdiwarna pun boleh tahan bestnya.


tentang penulis yang tercetak di kulit belakang novel ni.

Noor Suraya, seorang penulis yang menulis penuh dengan keindahan. Imaen pulak aku kenal melalui novelnya yang bertajuk Seikat Kembang Merah yang agak thriller tapi best! gandingan yang hebat.


Cik Hud Merah a.k.a Zuha. hihi.

dan ni gambar tambahan bagi yang tidak pernah tahu mengenai kewujudan Taman Negara Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan ni. hehe



*gambar pinjam dari google tersayang

aku pun first time tahu pasal ni masa aku pergi sana untuk TM Earth Camp Zon Timur 2010 anjuran Kelab Pencinta Alam dan TM masa tu. masa tu, ada jugak berhajat nak datang sini lagi sekali, tapi, setakat ni, tu je la kali pertama dan terakhir aku menjejakkan diri di taman negara ni. haha.

24 February 2013

Segmen header siapa paling awesome part 2


assalamualaikum wbt.

yeay, saya join segmen ni walaupun header langsung tak owsem lagi HODOH!


nak join, klik header atas ni ;)
semua blog sponsor dan juga fanpage mereka telah saya follow dan like.
hadiah yang ditawarkan : topup RM30, RM20, RM10 dan banyak lagi.
jom pakat kito masuk segmen ni rama-rama.. haha

20 February 2013

aku sebagai doktor -.-


assalamualaikum wbt.

budak comel ;)

disember 2008 (tarikh tak ingat)

hari ni masuk 3 hari dah aku dan kakak aku bermalam di hospital. hurm, sebab kami telah 'dipertanggungjawabkan' untuk jaga nenek (tok we) aku yang diwadkan. bagi aku bestnya kalau satu hari nanti aku dapat kerja kat sini. haha. mungkin sebagai seorang doktor! aku suka sangat dengan bau ubat dan juga, kot putih doktor!!

nenek aku ditempatkan bersama-sama 3 orang lagi pesakit dalam sebuah kubikel. depan katil nenek aku, ada seorang makcik, chinese. salah satu daripada kakinya terpaksa dipotong akibat kencing manis a.k.a diabetes. sebelah nenek aku pulak, ada seorang kakak (masih muda) yang kakinya juga luka teruk akibat accident. tiap-tiap hari, nurse datang bersihkan luka kaki dia tu. depan katil kakak ni, mak dia. tapi, mak dia tak teruk sangat lukanya. mereka berdua ni asal besut. punya la jauh kut besut dengan HUSM kubang kerian ni. tapi, menurut mereka, HUSM ni lebih dekat berbanding mana-mana hospital kat kuala terengganu tu. 

kadang-kadang, kakak yang duduk sebelah katil nenek aku panggil aku. dia nak minta tolong sapukan ubat kat lengan dia. ada jugak beberapa kali aku dipanggil sebab dia nak aku tolong tuangkan ubat untuk dia. manakala, makcik chinese kat depan tu pulak, ada jugak beberapa kali minta tolong aku bancuhkan milo untuk dia. mula-mula, susah nak paham apa yang dia sebut sebab dia agak pelat. tapi, kakak aku lah yang tolong translatekan untuk aku. hehe.

tiap-tiap pagi, ada doktor yang akan melawat pesakit-pesakitnya. tapi, selalunya, bila ada doktor yang datang check keadaan nenek aku, aku dan kakak pasti mencari alasan untuk keluar dari wad. hihi. malu sebab ramai jugak doktor pelatih yang ikut serta memeriksa keadaan nenek aku. ada la dalam 2-3 orang doktor pelatih.

tapi, dalam malu-malu kucing aku pun, aku pernah la jugak meng'usha' sorang doktor ni yang mungkin in charge untuk makcik chinese depan tu kut. err, usha? tak la. doktor ni dah masuk kategori pakcik-pakcik. aku selalu perhatikan cara dia layan makcik chinese tu. aku tengok, dia pun macam susah nak paham apa yang makcik tu cakap. tapi, dia sabar. mungkin dia terperasan la kut bahawa aku selalu je perhatikan cara dia buat kerja. dia tanya aku, "tingkatan berapa?". aku jawab, "tingkatan satu". masa tu aku baru je tingkatan satu. "nak jadi doktor ek?", dia tanya sambil tangannya duk check tekanan darah makcik tu kut, entah. "err.." hehe. aku jawab sambil tersengih.

akhirnya, nenek aku dah dapat kebenaran untuk keluar hospital. di rumah, umi aku sibuk duk cerita pasal 'jiran-jiran' nenek aku kat wad tu. rupa-rupanya, kakak yang di sebelah katil nenek aku tu ada kirimkan ucapan terima kasih untuk kami. hihi. sebenarnya, aku dan kakak aku, malu nak berbual dengan orang kat sekeliling tu. tapi, kami ringan je untuk menghulurkan bantuan ;) sebab tu la, dia kirimkan melalui umi aku. lagipun, umi aku tu, bila sampai turn dia untuk teman nenek aku, huisyh, sakan dia berbual dengan orang lain. hurm, harapkan aku dan kakak aku, senyap je la. malu!

tapi, yang terkesan di hati aku adalah masa aku duk perhatikan doktor tu. sampai sekarang aku ingat layanan baik dia terhadap makcik tu. err, tapi, semua doktor pun bagi layanan baik kepada para pesakitnya,  kan? 

2010 (lepas PMR)

aku telah pun menanam cita-citaku untuk jadi seorang doktor. lalu, aku pilih untuk masuk ke aliran sains.

2011(tingkatan empat)

tawaran MRSM aku tolak. err, manja sangat nak berpisah dengan family kut? lagipun, jauh la. kuantan!tak sanggup. hihi. tapi, aku terpikir, boleh ke aku nak capai cita-cita aku untuk jadi doktor dengan hanya belajar di sekolah harian biasa ni? kalau mrsm, tentulah peluang lebih cerah.

dan masa aku duk serabut nak buat keputusan tu, aku pikir. belajar mana-mana pun, tak semestinya kita gagal untuk dapat kejayaan. kalau masuk sekolah bagus tapi pemalas, habuk pun tarak la. lagipun, ada je senior-senior aku di sekolah harian biasa ni yang dapat menyambung pelajaran dalam ijazah perubatan.

2012 (sebelum SPM)

menanam azam untuk dapat A+ untuk subjek biologi dalam SPM nanti.

2012 (beberapa bulan sebelum SPM)

minat dah beralih arah ke bidang farmasi. tapi, masih konfius! akhirnya, aku ambik keputusan, hentam je la. asal dapat cemerlang dalam semua matapelajaran!

2013(selepas SPM)

tak yakin dengan apa yang telah aku jawab dalam SPM, dan apa yang telah aku usahakan sepanjang 2 tahun di menengah atas. dan, umi aku pun ada tanya, sanggup ke aku jadi doktor ni? bekerja sebagai doktor perubatan amat meletihkan. *berdasarkan apa yang aku lihat pada mak saudara aku yang bekerja sebagai doktor. 

tawakkal kepada Allah SWT. sesungguhnya, Dia lah yang Maha Berkuasa.

kalau aku tak dapat keputusan yang cemerlang atau dengan kata lain, cukup-cukup makan je, aku dah ada Plan B. 
plan A : dapat asasi farmasi atau perubatan di UIA atau mungkin asasi sains pertanian UPM. sekiranya dapat asasi sains pertanian, aku bercadang untuk apply untuk ijazah perubatan veterinar sehabisnya asasi di sana. hihi. umi aku kata, okay sebab aku pun minat dengan binatang.
plan B : kalau tak dapat asasi, masuk matrikulasi pun best jugak. struggle sungguh-sungguh kat sana, dan kalau dapat cemerlang matriks, apply ijazah perubatan USM pulak. haha. dekat dengan rumah aku. dapat la aku berangan-angan drive berulang-alik dari USM ke rumah aku. hihi. dapat balik tiap-tiap hujung minggu ;)

18 February 2013

pakatan untuk 'membunuh'


assalamualaikum wbt.

masa kejadian : tengahari 17 februari 2013, 12.15 pm.

setelah 3 kali duk pusing bahagian parking dan tiga penjuru, cikgu memandu aku a.k.a pakcik moody tu dah bagi isyarat stop. sebenarnya, aku tak perasan pun dia dah suruh aku stop sebab dia duduk punyala jauh dari tempat aku tengah practice ni. tetiba je kawan aku, ipa datang mai bukak pintu kereta pastu masuk ke seat belakang.

ipa : pakcik tu suruh stop pastu bawak kereta ni pergi depan. nak balik la tu kut.
aku : oh, ye eh? tapi, dia buat selamba je tengok sini. (dalam hati happy sebab argh, finally, sesi tamat. letih!)

maka, aku lepaskan clutch perlahan-lahan. kereta mula bergerak. gear 1 aku gantikan dengan gear 2. hihi.

tiba-tiba....
aku nampak cikgu memandu aku tu tengah jalan kaki  betul-betul depan aku. selamba je dia jalan kat tengah-tengah jalan. dia ingat takde orang yang berani rempuh dia ka? kaki aku dah ready di clutch. erk, tapi  sebenarnya kereta tu bergerak teramat-amatlah perlahan. jadi, rasanya, bagi yang dah pro, tak perlu clutch bagai. 

aku : ipa, camne ni? eiii, menghalang jalan betul!
ipa : huh, rempuh je dia tu, senang cerita. 

akhirnya, aku tekan clutch pastu brek kereta. lagipun, kat depan tu ada simpang. haih, tak jadi pakatan GILA kami hari ni.


WOI ATHIRAH! MEMBUNUH TU DOSA BESAR!! *hehe

07 February 2013

stuck


assalamualaikum wbt.


soalan ke-30 dan 31. arghh! i'm being stuck on this confusing 'questions'!!!!

05 February 2013

aku dan kereta.. part 2!


assalamualaikum wbt!


*gambar takdak motif*
  • muka aku bertambah gelap sebab asyik sangat berjemur tetengah panas tunggu turn nak belajar side parking dan tiga penjuru. tak pernah pulak aku terlintas, krim sunblock pun amat-amat diperlukan sepanjang proses mendapatkan lesen kereta ni! hurmm~
  • aku sempat mentelinga masa cikgu memandu aku bercakap dengan sorang budak lelaki ni. erk, budak? tapi, umur dia lagi tua daripada aku. dia ni belajar kat uitm lendu. tiba-tiba, aku teringatkan cerita hantu uitm lendu yang hangat diperkatakan di segala jenis laman sosial baru-baru ni. hurm, wajib kena interbiu budak ni lain kali. hehe. sebenarnya, betol ke tak cerita tu? konpius =.=
  • telinga aku kini dah jadi lali dengar pakcik yang garang kuasa dua tu membebel. wohaha. good job!
  • kaki aku makin terer melepaskan clutch dengan baik. no more enjin yang knocking disebabkan kecuaian dengan clutch. *athirah! jangan riak!
  • dengki gila tengok orang lain terer bawak kereta! arghh. kenapa la aku ni lembap sangat nak pandai ni?
sapa yang tak nak straight As SPM kan? ;) Ya Allah, kurniakanlah kejayaan yang terbaik buatku.


cuba tengok gambar quote kat atas! haha. kalau tak silap, tu buku teks sejarah kan? pastu, yang kira-kira tu nampak macam sedang menyelesaikan masalah nombor matrik. haha. let past be the past. tapi, rindunya zaman sekolah!