assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

16 January 2013

trend untuk novel 2013

assalamualaikum wbt.

anda suka baca novel? suka? yesss, kita satu geng, haha! *lame

sejak lepas SPM, hampir tiga00 ringgit aku habiskan untuk novel.. huh, boros! tapi, bagi yang bergelar pembaca novel tegar tu memang normal la kan? tapi, sekarang ni aku dah pokai. duit yang aku sekian lama dikumpul daripada belanja sekolah tahun lepas habis dibelanjakan dalam masa sebulan je. 

bukan semua novel aku suka. aku hanya gilakan novel-novel bawah penerbitan jemari seni je. novel-novel Js memang menepati citarasa aku. mungkin terpengaruh dengan tagline Js, 'menerbitkan buku bersahsiah'. tapi memang betoi pun tagline tu. semua novel Js mampu membuatkan kita ketagih + kebanyakan jalan ceritanya yang tidak termasuk dalam kategori tipikal. tapi yang paling penting BERSAHSIAH.

okey, iklan JS dah habis. jom masuk ke topik utama. 

tahun lepas (disember 2012 lol) , aku ada beli sebuah novel karya Nasz! haha, i can see your over-excited face. Lazuardi. pasti ramai yang dah sinonim ngan novel ni kan? novel ini memang hebat. Dear Nasz, novel anda memang terBAIK! novel yang memang layak untuk gelaran BEST of the BEST. ops, teriklankan novel Js pulak.

tapi, perkara yang paling menarik pasal novel ni adalah, watak 'hero'nya yang lebih muda berbanding 'heroin'nya. yup, perkara macam ni memang jarang dijumpai dalam mana-mana novel. but, Nasz berjaya createkan sebuah jalan cerita yang bagus dengannya. walaupun lelaki tu lebih muda daripada karakter heroinnya, tapi sikapnya jauh lebih matang. jalan cerita ni memang dapat membuatkan kita (hanya kepada wanita dan gadis sahaja) berangan-angan untuk jumpa dengan jodoh yang sebaik, seromantik dan se'sweet' Shark tu, haha. novel Nasz yang ni memang aku suka lebih jika dibandingkan karya-karyanya yang lain. tapi, sweet sour dan karamel tu pun best jugak. berbaloi kalau anda baca ;)

selain Lazuardi ni, ada satu lagi novel Js yang turut memaparkan karakter heronya yang lebih muda daripada heroinnya. Ketuk Pintu Hati Dia karya Ana Farhana. mungkin dari aspek karakter utama yang agak sama dengan Lazuardi, namun jalan cerita novel ni pun best. lain daripada novel-novel tipikal yang berlambak kat luar sana tu. novel ni pun boleh jugak dikategorikan sebagai novel luar alam. e-key yang jauh lebih matang daripada huda.



demikianlah rupa sebenar novel-novel yang aku duk promote kat atas. berbaloi baloi kalau beli.

berdasarkan novel kat atas ni, aku dah boleh buat satu ramalan. cehhh, macam tukang tilik nasib pulak. ramalan aku adalah, akan ada banyak novel-novel baru tahun ni (2013) yang menggunakan konsep macam novel kat atas. watak lelaki yang jatuh cinta dengan perempuan yang lebih dewasa berbandingnya. kalau difikir-fikirkan, okey jugak. takdela asyik-asyik duk baca novel yang hampir-hampir sama jalan ceritanya. tapi, aku sendiri tak tahu pulak kut-kut sebelum ni dah ada novel yang macam ni.

p/s : ajal jodoh semua di tangan tuhan. ya Allah, kurniakanlah aku jodoh yang baik, beriman serta mampu untuk membimbingku ke jalanMu. Amin. sama-samalah kita berdoa ye. hehe ;)

babai 

3 comments :

spontaneous_gurlz said...

salam ukhwah!
ni another js freak bercakap..haha..
setuju sgt bila awak ckp js mmpu buat kta ketagih,like some sort of dadah,haha
btw,pernah baca novel hlovate?
that one mysterious writer mmg hebat,superb cool
haaa,lupa ckap,saya follow sini :)

athirah said...

@spontaneous_gurlz yup, suka sgt dgn karya hlovate tu.. sentiasa ternanti-nanti kut-kut ada novel baru dia..

novel Js terbaik!! ;)

scha nabilah said...

yup2!! bole ketagih sangat2!! sume karakter dalam novel dye mcm real.. terasa seperti shark itu pakwe saye pulak.. erk,k terlebih!!