assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

21 January 2013

konflik konflik konflik hidup

assalamualaikum wbt.

lepas solat subuh tadi, ringan je tangan aku onkan laptop, then google pasal program-program asasi IPTA yang wujud di Malaysia ni. 

nombor pin upu pun aku dah beli. tapi, aku sendiri masih lagi takut-takut nak isi apa dalam borang tu. sejak dua tiga  hari lepas lagi aku start google pasal kerjaya sebagai ahli farmasi dan ijazah perubatan veterinar. haha. perubatan vet? betoi ke tak hang ni?


pharmacist? yup, aku tertarik jugak untuk meletakkan asasi farmasi di UIA untuk first choice aku nanti. tapi, kadang-kadang terlintas pulak, boleh ke aku dapat asasi ni? ye la, sekarang ni bidang farmasi juga dah jadi setaraf dengan medic dan pergigian tu. bila kita sebut je medic, of coursela, mati-mati course tu susah nak dapat. medic ni awal-awal lagi aku reject daripada list aku. wahaha. jadi, kemungkinan besar (memang dah jadi pun) banyak persaingan untuk asasi farmasi ni.

aku ni, result spm pun tak dak nampak bayang lagi. sibuk-sibuk pulak aku ni duk berangan nak apply course yang best-best untuk upu. hurmm, dengar je perkataan 'result' spm, rasa lembik je kaki aku. nervous! aku sikit-sikit duk terbayang-bayang suasana hari result tu nanti. waaa, tak tahu la nak describe macam mana. haih, maybe takut sangat dengan result tu, sampai terbawa-bawa ke mimpi. dua malam lepas, aku termimpikan result aku. huh, nightmare betol!

orang-orang tua kata, kalau kita bukak cerita pasal mimpi kita tu, mimpi tu takkan jadi kenyataan. tapi, aku tak tau la sama ada mimpi aku tu boleh diklasifikasikan sebagai nightmare atau sweet dream. mimpi tu ala-ala 2in1 je. kedua-dua berita gembira dengan berita buruk dia masuk. tapi, mimpi tu kan mainan syaitan. 

aku banyak baca blog ni tadi, http://inikisahhidupsabrie.blogspot.com/
tuan blog ni sedang study farmasi at UIA. dari A-Z dia ceritakan. sejak dari zaman dia spm sehinggalah sekarang. banyak juga tips especially untuk mengisi UPU. hehe. menarik jugak rasa kalau pilih bidang farmasi ni. jumpa blog ni hasil daripada usaha gigih aku men'google'. wohoho!

this is another blog yang aku baca pagi tadi, http://akudramin.blogspot.com/
yang ni pulak, all about medic. rasa ter'semangat' la pulak baca blog ni walaupun tuan blog banyak ceritakan pasal the hard times of a doctor. tapi yang best, pasal ni,http://akudramin.blogspot.com/2011/01/saya-nak-kahwin-dengan-doktor.html , haha! 

aku ni pesen yang bersemangat-tibatiba bila cakap pasal medic. kalau dapat pergi hospital sekali sekala tu, memang semangat habis dengan harapan dapat jumpa doktor hensem! haha. maybe aku pernah bercita-cita untuk jadi doktor kut. dannnn, hehe, of course ada crush yang sedang study medic! waaaa, *malu! (dah jadi kecik)

masa ni, baru aku faham betapa payahnya nak pilih course apa yang kita minat dan yang paling penting, yang sesuai dengan keputusan spm tu nanti. dan, for sure, ni bukan masa macam kecik-kecik dulu. bila cikgu tanya, "nanti besar, nak jadi apa?" dengan bangganya seluruh kelas jawab, "nak jadi askar!" jawab tanpa pikir apa-apa.  


menjadi kepompong yang hodoh sebelum bertukar menjadi rama-rama yang indah!

3 comments :

inasazali said...

kena fikir seluas luasnya bidang ape yg kita minat dan mmpu bawa hingga mnjamin masa depan..

athirah said...

@inasazali thanks for da advice ;) appreciate it !

Maharani Wahyu said...

"If nothing ever changed, there'd be no butterflies"

--- Such a great quote :)