assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

27 January 2013

aku dan kereta.... seriously -.-


assalamualaikum wbt. 

satu berita baik untuk yang minat PARK YOO CHUN! huh? park yoo chun? siapa tu? park yoo chun tu apa? kepada sesiapa yang tak kenal park yoo chun, lebih baik anda skipkan je perenggan ni sebab dah terang lagi bersuluh berita ni langsung takde kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. cuma nak cakap drama I MISS YOU bakal ditayangkan kat tv9 hari isnin ni jam 9.30 pm. anda dipersilakan duduk di depan tv kat rumah masing-masing ye. terima kasih.

kembali ke topik asal.

aku berani cakap kat sini yang 80% daripada SPM leavers yang terlepas daripada plkn akan mendaftar masuk ke mana-mana sekolah memandu yang terdekat kan? aku pun termasuk dalam golongan 80% tu. tahun lepas *28th december , aku telah pun selamat mengikuti kursus KPP selama 5 jam. huhu, 5 jam yang amat menyeksakan. aircond dalam bilik tu memang sejuk yang amat-amat sejuk! (?)

minggu lepas, aku dah pun dapat menghabiskan masa 2 jam untuk latihan yang sepatutnya berjumlah 8 jam secara totalnya. dengan pendeknya, aku rumuskan, aku stress, tension giler dengan pakcik a.k.a cikgu memandu aku tu. haiya pakcik, cik adik sini baru je 3 kali pegang stereng kereta tu seumur hidup dia. takkan nak menyinga dah kut? sabar la.

masa bengkel 3 jam di litar sebelum dapat lesen L hari tu, hampir 2 jam 30 minit aku duk tunggu pakcik-serba-tak-kena tu. dia kata, dia keluar kejap pergi hantar pelajar-pelajarnya yang lain. lastly, 30 minit terakhir sebelum sesi aku berakhir, dia datang. and guess what, dalam masa 30 minit, dia dapat ajar 2 orang anak muridnya yang langsung tak tahu apa-apa pasal kereta ni cara-cara nak bagi kereta tu jalan ke hadapan. dalam masa sebanyak 15 minit secara puratanya, aku dapat la jugak akhirnya memandu kereta kancil pusing litar 3 or 4 kali pakai gear 2 tanpa tekan minyak langsung! haha. hebat kan pakcik ni menangguh-nangguhkan masa? dapat la dia jimatkan masa dia tapi bazirkan masa kami berdua ni. huh.

seminggu lepas tu, lesen L aku pun siap. so, maknanya sesi latihan 8 jam aku pun bermula. sebelum start tu, nervous giler. pengetahuan aku pasal kereta memang sifar, zero! tiba-tiba, dia suruh aku bawak kereta tu kat jalan. nasib baik, area sekolah tu jugak. jalan tu pun jalan kampung je. takdela sibuk sangat dengan kereta lain. cuma yang aku perasan, ada la jugak sebijik treler potong kereta kancil kecil molekku tu. ops, kereta cikgu aku. sepanjang perjalanan kami, penuh telinga aku dengar dia membebel. time aku nak buat u-turn, aku terlepas clutch cepat sangat menyebabkan enjin kereta mati kat tengah-tengah jalan. zup, berdesup dia marahkan aku. then, masa nak membelok kanan masuk pintu pagar sekolah memandu tu pulak, sekali lagi aku terlepas clutch. adeh, agaknya deria sentuh kat tapak kaki aku ni tak berfungsi kut. hisyh.

sabar je la, athirah! ada 3 per 4 jam lagi untuk aku berdepan muka pakcik-serba-tak-kena ni. kalau orang lain boleh je pandu kereta dengan mudah, kenapa bukan aku kan?
p/s : tengok muka pakcik tu pun rasa sakit hati. apatah lagi dengar dia membebel tak habis-habis atas kereta. huh. cikgu yang super garang!
lebih baik tengok muka park yoo chun daripada muka pak cik tu.





detektif han jung woo yang agak berperut buncit. haha, terperasan perut park yoo chun yang buncit tu dalam episod mana entah. nasib baik tv9 bermurah hati nak tayangkan drama ni. tak payah susah-susah tengok kat viki lagi! yeay, kamsahamnida tv9!

4 comments :

spontaneous_gurlz said...

as salam,
waaa,ingat saya sorang je yang kena face 'masalah' ni
hahahaha..
dan esok ada lagi latihan ngan cekgu tu..cuak yang amat
btw,best of luck for u,
and for me tooo :)

athirah said...

@spontaneous_gurlz hahaha.. tu la. stress giler belajar kereta ni..
serupa la kita, esk pun nk pegi berdepan ngan pakcik super garang tu pulak.. huhu, sabarla.. demi sekeping kad kecik yg boleh bawa kita kemana-mana sj kita nak!!! hahaha

pija hafeelin said...

ngeeee test hati2 lau yg ajr tu hemsem kenyet sikit grenty lepaz heeee gd luck dear, dulu time nk amik cm ni a jugk rsanya skung bebas hahahah

athirah said...

@pija hafeelin alamak, kenyit mata?? euwww.. geli. cikgu tu tua. ahaha
bestnya, dah dapat lesen ;)