assalamualaikum wbt. untuk tinggalkan jejak, komen sahaja di mana-mana entry bersama link anda. terima kasih! sambil-sambil tu jangan lupa klik nuffnang sekali. kehkeh

14 March 2012

BEN ASHAARI AJAK KONGSI CERITA CUTI SEKOLAH


huwaa , menaip dengan kadar yang lajuuuu ! tinggal lagi 30 minit nak tutup !!!!

cuti sekolah ? hurm , sekarang ni , tak membawa apa-apa keseronokan dah bagi aku memandangkan dipenuhi dengan kelas tambahan !

cuti akhir tahun masa aku kecik sering diisi dengan aktiviti ...............
MAIN BANJIR ! haha .
memandangkan di kelantan ni , sekitar bulan november dan disember tu adalah musim hujan , bencana banjir tu dah jadi satu kebiasaan bagi kami di sini . but , rumah aku di dewan beta ni tak pernah banjir la ! aku main banjir kat rumah nenek aku di rantau panjang nun jauh di pinggir tebing sungai golok ! haha . 

tapi , tu masa kecik . sekarang , bila aku imbas balik , timbul rasa pelik pulak camna aku boleh memberanikan diri aku main dalam air banjir tu ? bayangkan dalam air banjir tu , macam-macam binatang ada . lipan , lintah malah ul** ! eeeiiii . sekarang ni , timbul rasa geli pulak bila di pikir-pikirkan ! hisyh . masa tu , apa yang aku tahu adalah keseronokan . yup , sebab keseronokan main banjir kat sana mengatasi keseronokan main di mana-mana taman tema air ! tak caya ?? ;)
sekarang , cuti sekolah aku diisi dengan aktiviti menonton drama 'dream high' pulaks ! haha . sapa minat tengok drama ni , put ur hands up yo !!